Pendaftaran dengan kementerian kewangan ini tidaklah sukar tetapi prosesnya agak melecehkan.
Anda bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer, malah perlu tahu menggunakan internet. Ini adalah antara punca utama mengapa kebanyakan pemohon mempunyai masalah dalam proses pendaftaran.
Punca kedua kenapa proses permohonan sering gagal ialah kebanyakan pemohon tidak tahu skema permohonan. Kebanyakan daripada dokumen permohonan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
Bagi syarikat Enterprise, permohonan sering gagal kerana bidang MOF yang dipohon tidak didaftarkan di dalam SSM anda.
Bagi syarikat Sdn Bhd pula, kegagalan proses permohonan sering dikaitkan dengan modal berbayar syarikat. Kebanyakan syarikat yang didaftarkan dengan SSM cuma mempunyai modal RM2.00 sahaja. Sekurang-kurangnya modal berbayar yang diperlukan bagi permohonan MOF ialah RM2,500.00.
Bermula pada tahun 2012, syarat-syarat permohonan MOF telah bertambah dan diperketatkan.
Antara syarat terkini ialah setiap permohonan, tidak kira syarikat Enterprise atau Sdn Bhd, tidak semua bidang MOF boleh dipohon jika perniagaan dilakukan menggunakan premis rumah kediaman.
Syarat ini sering menjadi masalah kepada setiap pemohon kerana kebiasaannya mereka beroperasi dari rumah dan tidak mempunyai pejabat perniagaan yang sah.
Walaupun begitu, segala masalah boleh diselesaikan. Di sinilah peranan pihak kami membantu anda. Kami menyediakan perkhidmatan urusan pendaftaran dan memberi khidmat rundingan mengenai proses pendaftaran.
Segala-galanya diselesaikan oleh syarikat kami. Anda cuma sediakan dokumen dan kami uruskan proses pendaftaran sepenuhnya.
Tiada kerunsingan, tiada bebanan!