PEROLEHAN

Apa itu MOF? Dan apa pula eperolehan?

MOF merupakan singkatan bagi ‘Ministry of Finance’ ataupun dikenali sebagai Kementerian Kewangan Malaysia dimana ia mengawal semua perbendaharaan negara dengan objektif:-

  • Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan
  • Memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara
  • Mempastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah.
  • Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Bahagian Perolehan Kerajaan merupakan salah satu bahagian di bawah Kementerian Kewangan yang menguruskan segala urusan dimana ia:-

  • Memberi perkhidmatan yang cekap, adil dan berkesan berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
  • Memproses permohonan pendaftaran Kontraktor dan Firma Perunding tertakluk kepada permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat dalam tempoh yang ditetapkan.

Maklumat lanjut, bolehlah layari laman web Kementerian Kewangan iaitu www.treasury.gov.my

Segala urusan pendaftaran syarikat kontraktor atau pembekal, mesti melalui laman web eperolehan iaitu di www.eperolehan.com.my. Web eperolehan ini diuruskan oleh syarikat Commerce dot Com Sdn Bhd. Sijil pendaftaran syarikat ini amat perlu bagi setiap syarikat yang ingin menyertai tender atau sebut harga kerajaan.