Salam Mukaddimah

PENDAFTARAN SIJIL MOF & CIDB 2012

Pakej perkhidmatan yang ditawarkan kami bermula serendah RM950 tanpa bayaran deposit dan bayaran hanyalah dibuat setelah lulus permohonan. Tiada kerunsingan, tiada bebanan!

Berminat menyertai sebut harga & tender kerajaan?

Salam..

Saya, Adi merupakan salah seorang bekas peserta rancangan realiti TV9, iaitu Akademi Nasyid dan kini bergerak secara aktif bersama Kumpulan Saujana. Saya bersedia membantu anda berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi mendapatkan sijil MOF sebagai kontraktor pembekal mahupun perunding.

Saya merupakan graduan jurusan Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, UKM dan telah menjalankan perniagaan sendiri iaitu dalam bidang Kontraktor bermula pada tahun 2002 lagi. Pada awal bulan Ogos 2012, saya telah pun menamatkan pengajian di peringkat Sarjana iaitu di dalam bidang Pengurusan, (Master of Management) di Universiti Islam Antarabangsa, UIA.

Syarikat saya iaitu, ADY INGENIOUS juga menjalankan urusan pendaftaran kontraktor dan pembekal dengan Kementerian Kewangan (MOF) & CIDB, dimana syarikat saya mempunyai pengalaman selama 6 tahun dalam bidang urusan pendaftaran ini.

Tujuan saya jitu, iaitu dengan niat membantu para kontraktor dan pembekal diluar sana berdaftar dengan kerajaan dengan cepat dan mudah kerana sebagai seorang yang pernah menjadi kontraktor, saya faham bahawa proses pendaftaran pada masa ini adalah rumit dan melecehkan.

Kini, saya juga bergerak aktif dalam hiburan dan dakwah mendidik jiwa iaitu irama nasyid dengan menyediakan hiburan alternatif yang berlandaskan islam bagi melahirkan generasi muda yang lebih baik dan bertakwa.

Saya telah dijemput menyertai kumpulan nasyid Saujana pada Januari 2009 dan Alhamdulillah, pada bulan Disember 2009 ini, kami telah melancarkan album yang terbaru Saujana diterbitkan oleh Hijjaz Records yang berjudul Nota Cinta.  Maklumat lanjut mengenai kumpulan Saujana boleh didapati di sini.

Luangkan sedikit masa anda mendapatkan panduan dan maklumat dari laman web saya dan jika bersedia menggunakan perkhidmatan syarikat saya, silalah berhubung terus dengan saya.

Terima kasih…

 PENDAFTARAN SIJIL MOF & CIDB 2012

Daftar MOF, Daftar Sijil MOF & Daftar Sijil Kewangan

Daftar Sijil CIDB